Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya apabila menggunakan samada kompas kiblat mahupun kompas biasa untuk menentukan arah kiblat, adakah kompas itu diletakkan di atas tanah ataupun dipegang pada paras dada? Ini kerana saya dapati terdapat perbezaan kecil antara kaedah meletakkan kompas di atas tanah dan apabila kita pegang pada paras dada.
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang Dirahmati Allah swt
Penggunaan kompas dalam menentukan arah kiblat ataupun mahu mengetahui di mana terletaknya utara dan selatan, ia perlu diletakkan di tempat yang rata dan tidak bergegar. Sekiranya dipegang dibimbangi jarum kompas itu bergetar dan tidak menunjukkan arah yang sebenar. Jika di atas tanah pastikan tanah tersebut adalah rata dan tidak mempunyai sebarang batu.
Kaedah yang boleh digunakan, sapu terlebih dahulu kawasan tanah agar, sebaranga batu kecil tidak mempengaruhi pergerakan jarum kompas. Meletakkan kompas di atas lantai atau meja yang rata adalah lebih baik.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment