Soalan
Berkenaan dgn beberapa barangan tersenarai yg dikatakan tidak halal dan mengandungi lemak babi, eg ais krim RM 1/ keatas dan serbuk mee segera terutama Maggi saya merasa keliru kerana pihak JAKIM telah mengeluarkan cop halal pada bungkusan produk tersebut. Yang mana satu harus saya dan ahli keluarga saya ikut. Sekian. Terima kasih.
Jawapan
Dalam isu makanan dan produk gunaan harian, jika pengeluar produk makanan tersebut telah mendapat sijil perakuan halal daripada JAKIM atau terdapat pada pembungkus produk tersebut logo Halal Malaysia, ini bermakna produk tersebut adalah halal dan boleh diambil tanpa ragu-ragu dan was was.
Sebagai ingatan, pada hari ini terdapat banyak dakwaan-dakwaan palsu yang ditimbulkan dalam masyarakat kita. Ia dibuat dengan pelbagai tujuan, antaranya adalah atas sebab-sebab perniagaan (sabotaj dan fitnah).
Oleh yang demikian, Panel mencadangkan kepada para pengguna muslim agar lebih berhati-hati dengan dakwaan-dakwaan tersebut. sila dapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut dengan merujuk ke halaman web halal (www.halal.gov.my) untuk mengenal pasti ataupun hubungi terus ke talian 03 83150200.
Ringkasnya, jika ada logo Halal Malaysia, produk tersebut sudah pasti kehalalannya. Oleh itu, ikutlah sesuatu yang telah pasti kesahihannya. Utamakanlah produk yang ada logo tersebut. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment