Soalan
saya ada masalah wali bapa kerana bapa kandung saya telah menhilangkan diri.kami hanya mendapat nota darinya supaya kami tidak mencarinya. mengikut turutan wali saya mempunyai abang sebapa yg boleh mewalikan saya.dan dia sudah pun setuju..bapa saya juga pernah di masukan di hospital permai atas sbb masalah kemurungan. kami sekuarga ingin membuat pertukarn wali.bagaimane dan apakah syarat2nya?
Jawapan
Wali bapa/wali mujbir adalah hak mutlak sebagai wali terhadap anak perempuannya dan ia tidak boleh diganti wali kecuali atas keizinannya (keizinan yang meyakinkan kepada wali yang berikutnya). Wali juga boleh diberi / diputuskan oleh Mahkamah syariah dengan alasan-alasan yang menasabah. Dalam hal ini encik boleh melapurkan perkara ini kepda mahkamah syariah/pejabatan agama dan menerangkan perkara yang berlaku, kerana pihak mahkamah syariahlah yang boleh memberi kebenaran berkahwin sekalipun ayah kandung masih ada dengan alasan yang menasabah.
No comments:
Post a Comment