Soalan
assalamualaikum ustaz/ustazah,saya berkahwin dgn duda anak 2,semasa saya berkahwin anak sulung perempuan berumur 16tahun dan anak kedua lelaki berumur 15tahun.saya nak tau apakah peranan saya dan tanggungjawab saya kepada anak-anak tiri saya?dan batas aurat dgn anak lelaki saya?sekian terima kasih
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih atas soalan tersebut. Peranan seorang ibu tiri adalah sama tanggungjawabnya seperti seorang ibu kandung. Apabila sah perkahwinan diantara seorang wanita itu maka hubungan serta batasan aurat dengan anak -anak tiri adalah sama seperti ibu dengan anak-anak. Ibu bapa tiri adalah mahram kepada anak tiri. Ini kerana apabila berlakunya perceraian diantara ibu tiri tersebut dengan bapanya maka anak-anak itu tidak boleh sama sekali berkahwin dengan wanita (ibu tiri ) tersebut.
Pikullah tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya seperti mana seorang ibu menyayangi dan memenuhi keperluan anak-anaknya.

bagaimana pula untuk menangani anak tiri lelaki yg terangan2 mahu memukul ibu tiri? minta pendapat ustaz dlm hal ini?
ReplyDelete