Monday, January 30, 2012

Was-was Terhadap Najis Anjing

Soalan

Assalamualaikum ustaz , saya mahu bertanya adakah saya perlu menyamak diri saya pada masa sekarang kerana pada masa persekolahan dahulu saya telah memegang tahi anjing tanpa sengaja dan tidak menyamaknya dan apakah hukumnya jikalau saya cuma membersihkanya menggunakan sabun sahaja........dan adakah ibadat yang saya lakukan selama ini diterima oleh Allah SWT, minta jawapan daripada ustaz, terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda sudah tidak dituntut untuk melakukan samak kerana kisah anda memegang tahi anjing tersebut berlaku semasa dizaman persekolahan dahulu. Ia adalah suatu tempoh yang telah lama berlalu.
Walau bagaimanapun, hukum membersihkan najis tersebut dengan menggunakan sabun sahaja (pada waktu anda memegang najis tersebut) adalah tidak mencukupi. ia perlu dibersihkan dengan membasuhnya menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah dan membilasnya dengan air mutlak biasa kira-kira enam kali basuhan lagi.
Mengenai persoalan adakah ibadat yang anda lakukan selama ini diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ataupun tidak, ia adalah bergantung pada pelaksanaan ibadat tersebut. adakah segala syarat sah dan rukunnya telah anda penuhi ataupun sebaliknya. Jika kedua perkara ini tidak dipenuhi, maka ibadat yang dikerjakan adalah tidak diterima.
Kesimpuannya, anda sudah tidak perlu untuk melakukan samak untuk menghilangkan najis tersebut kerana ia sudah terlalu lama. anggota yang pernah tersentuh dengan najis tersebut sudah dianggap suci pada hari ini kerana peristiwa menyentuh/memegang najis tersebut telah lama berlalu.
Apa yang perlu anda lakukan pada hari ini adalah perbanyakan beristighfar kerana kecuaian anda pada masa lalu. Wallahu 'Alam.

1 comment:

  1. Salam. Saya ingin bertanya, apakah hukum sekiranya dulu kita membasuh pakaian bernajis menggunakan mesin basuh disebabkan jahil tentang hukumnya? adakah skrg, kita perlu membasuh semula kesemua baju yang telah dibasuh mgunakan mesin basuh tersebut? mohon penjelesan. jzkk :)

    ReplyDelete