Soalan
Adakah sah nikah seorang janda yang menikah di luar negara di indonesia engan suami orang tanpa izin isteri tanpa wali dan sijil cerainya.menurutnya surat tersebut hilang...dan ader kemusykilan status janda itu mungkin dia di gantung tak bertali sebab skg ader kes mahkamah tentang jatuh talak dan hak jagaan anak dari suami dulu..
Jawapan
Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Pernikahan itu dikira sah sekiranya cukup rukunnya iaitu
1.Bakal suami
2.Bakal isteri
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dab Qabul
Pernikahan tersebut hendaklah diantara lelaki bujang atau suami orang yang isterinya belum cukup 4 orang dan bakal isteri yang masih gadis/ anak dara atau janda yang telah diceraikan oleh suami atau kematian suami.
Jika wanita itu belum diceraikan oleh suaminya maka pernikahan itu terbatal.
Pernikahan di luar negara perlu didaftarkan di Malaysia bagi tujuan untuk mendapatkan sijil nikah dan memudahkan urusan pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, kes seperti ini perlu dirujuk dengan segera ke Pejabat Agama Islam yang berhampiran agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Wallahua'lam

Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya berumur 36, masih belum berkahwin dan kini telah menjalinkan hubungan dengan suami org selama 6 bulan. Kami berkenalan di pejabat dan setelah setahun mengenali diri masing2, kini kami saling mencintai antara satu sama lain. Masalah kami disini adalah :
1) kemampuannya kerana dia mempunyai isteri yang tidak bekerja dan dia mempunyai 3 orang anak.
2) Kami telah pun telanjur.
Apa yang patut kami lakuan? Setiap kali saya bertanya atau menyuarakan tentang hal ini dia buntu kerana kemampuannya. Anak2 nya masih kecil. Saya pula telah cuba untuk undur diri tapi gagal kerana dia adalah seorang lelaki yg baik. Saya amat keliru dalam situasi ini kerana rasa bersalah melakukan maksiat dan juga takut dia tidak berkemampuan utk berlaku adil dlm perkahwinan kami nanti. Tetapi dia juga seorang lelaki yg baik dan sangat menyayangi saya. Memandangkan umur saya yg sudah lanjut saya keliru apa yg patut saya lakukan?? Saya takut saya tidak akan jatuh cinta lagi kerana sebelum ini 7 tahun saya keseorangan. (Tiada yg serasi)
Saya takut saya lepas peluang untuk dapat lelaki yg baik seperti dia.
Minta nasihat dan pendapat yg ikhlas dari ustaz . Terima kasih.