Soalan
salah satu rukun mandi wajib ialah meratakan air keseluruh badan. adakah sah mandi wajib itu jika kita membasahkan rambut sebelum berjimak dan sambung mandi wajib (tanpa membasahkan rambut) sebelum kita menunaikan solat subuh? (untuk mengelakkan perasaan malu kepada keluarga pada malam pertama perkahwinan).
Jawapan
Mandi wajib tersebut tidak sah kerana semasa membasahkan rambut, anda masih belum berhadas besar. Pada hal apabila bangun pada waktu Subuh, rambut yang dibasahkan pada malam tadi telahpun kering.Bagi mengatasi masalah ini, anda dan pasangan disyorkan supaya megeringkan rambut selepas mandi dengan alat pengering rambut. Semoga hari bahagia anda dapat ditempuhi dengan penuh kesyukuran dan bukannya perasaan malu yang bersarang di dalam hati. Semoga berbahagia hendaknya. Amin. Wallahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment