Soalan
saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan, mencukur bulu kening yang bersambung ditengah dibolehkan kerana bukan sifat semulajadi manusia mempunyai bulu kening yang bersambung. Bolehkah saya mencukur kening saya yang bersambung ditengah? Saya juga mempunyai masalah rambut yang tak terurus. Rambut saya kembang. Saya pernah di nasihatkan agar meluruskan rambut dengan menggunakan kaedah iron bagi mengelak rambut menjadi kembang. Bolehkah saya berbuat demikian?
Jawapan
Assalamualaikum w.b.tHukum mencukur bulu kening adalah haram. Walaubagaimanapun jika ia kelihatan aib dan memalukan disebabkan bentuk kening tersebut maka ia adalah harus untuk dibuang. Jika kening yang bersambung itu kelihatan tidak ketara akan aibnya maka tidak perlulah dibuang.
Berkenaan dengan rambut, ia merupakan satu anggota aurat dan wajib ditutup seluruhnya. Sekiranya berhadapan dengan suami maka ia diharuskan untuk meluruskan rambutnya.
Assalamualaikum
ReplyDeleteKalau seorang lelaki ingin mencukur bulu kening tengah nya yg bersambung adakah dibolehkan? kerana menjadi aib kepadanya