Soalan
Assalamualaikum w.b.t...saya mempunyai seorang sahabat yang kuat merokok dan saya telah menasihatinya banyak kali agar tinggalkn tabiat merokok kerana merokok haram disisi islam tetapi sahabat saya menjawab "ustaz pun merokok la..".Jadi apa pandangan ustaz ?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,Mengenai persoalan yang diajukan, memang terdapat di kalangan ustaz yang didapati merokok dan bilangan mereka juga amat membimbangkan. Namun, sebagai seorang yang berperanan sebagai pendakwah ataupun da’i, masalah ini tidak sepatutnya terjadi kerana sikap, amalan dan peribadi seorang pendakwah sering diperhatikan.
Walau bagaimanapun, mereka adalah manusia biasa yang punya kelemahan sebagaimana manusia yang lain. janganlah meniru atau mengikuti sikap atau tabiat mereka yang buruk dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Ikutilah ilmu mereka dan tinggalkanlah amalan buruk yang mereka lakukan.
Akhirnya, Panel ingin mengingatkan mengenai firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud:
2. Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.
(Surah Al-Saf 61: 2-3)
Bersamalah wahai pendidik dan pendakwah agar kita hiasi diri sendiri terlebih dahulu dengan akhlak yang mahmudah sebelum kita sampaikannya kepada anak-anak didik kita. Semoga dengan itu kita dapat mengelakkan diri daripada perkara yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagaimana maksud ayat di atas. Wallahu 'Alam
terkejut bila tahu ustaz pun merokok...dia pun insan lemah juga...
ReplyDelete