Tuesday, September 4, 2012

Wuduk Dan Solat

Soalan

Assalamualaikum,
saya ingin bertanya, mak kepada bos saya sakit terlantar dan memakai pampers sentiasa. ibunya telah terlalu uzur dan perlukan bantuan orang lain untuk bergerak dan sebagainya.
bagaimana cara untuk mengambil wuduk dan solat yang sesuai?

sekian, terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, ibu boss anda perlu dibantu untuk berwudhu’ pada setiap kali beliau hendak mendirikan solat.
Sebelum berwudhu’ perlu dibersihkan dirinya dan pempers yang dipakainya daripada segala bentuk najis. Setelah itu, wudhu’kanlah dirinya dan minta beliau terus mendirikan solat.
Dalam pada itu, jika ibu boss anda menghadapi masalah untuk mencari pembantu yang boleh membantu dirinya untuk membersihkan diri dan berwudhu’, beliau dibolehkan untuk mengerjakan Solat Jamak, iaitu sama ada:
1.         Zohor dan Asar didirikan dalam waktu zuhur (Jamak Taqdim), atau
2.         Zohor dibawa ke dalam waktu Asar (Jamak Ta’khir), atau
3.         Maghrib dan Isya'' didirikan dalam waktu Maghrib (Jamak Taqdim), atau
4.         Maghrib dibawa ke dalam waktu Isya'' untuk didirikan (Jamak Ta’khir).

Walau bagaimanapun, ibu boss anda tidak boleh memendekkan solat fardu yang mempunyai 4 raka’at menjadi 2 raka’at (Qasar) kerana keadaan beliau tidak mengizinkan untuk melakukannya. Qasar hanya bagi orang yang sedang bermusafir sahaja.
Ringkasnya, ibu boss anda dibolehkan untuk melakukan jamak apabila beliau menghadapi masalah orang yang hendak membantunya membersihkan diri.
Panel mendoakan semoga ibu boss anda segera pulih dan mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment