Friday, September 14, 2012

Sertu Najis Mughallazah

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya duduk atas lantai yg dipijak oleh orng cina,saya bimbang jika terdapat najis anjing atau mughallazah dari kawasan rumah mereka pada selipar mereka lalu mereka memijak lantai tersebut...perlukah saya sertu seluar saya selepas saya duduk atas lantai tersebut?? ..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes seperti ini, anda tidak perlu sertu seluar yang anda pakai sekiranya pada tempat yang anda duduk tersebut tidak kelihatan najis yang dimaksudkan.
Ringkasnya, sesuatu benda itu baru dihukumkan najis hanya apabila terkena najis yang dapat dilihat dengan mata kepala ataupun terdapat padanya sifat-sifat najis, iaitu:
1.         Bau.
2.         Warna.
3.         Rasa (guna sentuhan tangan).

Oleh yang demikian, jika pada tempat yang anda duduk tersebut tidak terdapat salah satu daripada ketiga-tiga sifat tersebut, ini bermakna tempat tersebut adalah suci dan bersih daripada najis yang dimaksudkan. Dari itu, anda tidak perlu untuk sertu seluar yang anda pakai kerana ia tidak dihukumkan najis. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment