Soalan
Assalamualaikum ustaz..kawan saya ada berjalan di kawasan perumahan org
cina di mana terdapat anjing di kawasan tersebut,tetapi saya tidak tahu
dan tidak pasti sama ada kasut yang dipakainya terpijak atau tidak najis
anjing ketika melalui kawasan tersebut..kemudian kasut yang dipakainya
tadi telah terpijak kaki saya..perlukah saya sertu kaki saya??
Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Anda dan rakan anda tidak perlu menyertu kaki atau kasut yang dipakai. Memijak kawasan atau tempat laluan anjing itu tidak menjadi satu kesalahan dan tidak perlu kepada sertu.
Sekiranya sudah pasti dan jelas najis itu adalah najis anjing maka rakan anda perlu menyamak kasut dan kakinya. Sekiranya terdapat bekas dan kesan najis itu melekat pada kaki anda maka lebih baik anda menyertu kaki anda.
wallahua'lam

No comments:
Post a Comment