Friday, September 21, 2012

Tidak Tahu Maksud Zihar Semasa Melafazkan

Soalan

assalamualaikum...saya ingin bertanya adakah jatuh zihar sekiranya sisuami menyamakan bentuk badan isteri sama seperti adiknya..tetapi pada ketika itu sisuami tidak tahu apa itu zihar. sisuami tidak tahu 'menyamakan bentuk badan isteri dgn (mahram)' salah disisi agama.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, apabila seorang suami menyamakan tubuh badan isterinya dengan mana-mana wanita yang mempunyai hubungan mahram dengannya adalah dikira telah menzihar isterinya.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan anda ini, Panel menasihatkan supaya anda merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengetahui status kes anda ini. Adakah kerana kejahilan mengenai hukum Zihar boleh menyebabkan tidak berlaku hukum Zihar ataupun bagaimana keadaannya, perlulah diserahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk menentukannya.
Oleh itu, bersegeralah rujuk kes ini kepada pihak mahkamah demi untuk menjaga kesucian hukum Islam. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment