Saturday, September 29, 2012

Status Rambut Bagaimana Caranya

Soalan

Assalamualaikum Ustaz ,

Saya telah mewarnakan rambut , atas permintaan suami , kerana suami saya suka melihat perempuan diluar sana dgn rmbt perang , pada mulanya saya warnakan dengan inai , tetapi warnanya tidak begitu jelas , saya mengambil keputusan mewarnakan dengan pewarna rambut , dan suami saya sangat suka denagan hasil warna tersebut , apabila keluar saya memakai tudung , persoalannya saya berwuduk dan solat adakah semua amalan yang dikerjakan sah atau pun tidak ustaz

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam mengenal pasti sama ada amalan yang anda lakukan sah ataupun tidak, ia bergantung pada sejauh mana diri anda memenuhi atau menepati segala syarat sah pelaksanaan amalan tersebut khususnya ibadat solat fardu lima waktu.
Ringkasnya, jika pewarna rambut yang anda pakai adalah daripada jenis yang menghalang rambut daripada dibasahi air, hal ini akan menyebabkan diri anda sentiasa berada di dalam keadaan berhadas kerana mandi wajib yang anda lakukan menjadi tidak sah kerana terdapatnya bahagian tubuh anda yang tidak dapat dikenakan air (rambut yang diwarnakan). Oleh sebab itu, solat yang anda kerjakan akan menjadi tidak sah kerana diri anda tidak suci daripada hadas besar.
Dari itu, sila pastikan pewarna rambut tersebut adalah pewarna yang meresap ke dalam rambut seperti inai sebelum mewarnakan rambut. Jika sudah mewarnakannya dengan pewarna yang tidak meresap ke dalam rambut, adalah menjadi kewajipan anda untuk menghilangkannya bagi memenuhi syarat sah mendirikan solat.
Semoga dengan jawapan ini dapat memberikan maklumat tambahan kepada anda mengenai isu mewarnakan rambut ini. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment