Monday, September 3, 2012

Solat Sunat Yang Sesuai

Soalan

Saya ingin mengerjakan solat sunat untuk memohon agar Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan dan diberikan hidayah. Solat sunat apakah yang sesuai saya kerjakan?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Jika diperhatikan secara terperinci panel sarankan agar anda menunaikan solat sunat hajat;Perkara yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan solat sunat hajat ialah:
1.Niat- USALLI SUNNATA HAJATI ROKAATAINI LILLAHI TAALA- SENGAJA AKU SOLAT SUNAT HAJAT 2 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA
2.Selepas doa iftitah- Baca Surah Fatihah kemudian bacalah ayat Kursi - 11 @ 7  kali
3.Rukuk dan I'Tidal
4.Sujud & duduk antara dua sujud
5.Berdiri dan baca surah Fatihah kemudian bacalah surah al-Ikhlas (Qulhullahu ahad) sebanyak 11 @ 7 kali
6.Rukuk & I'tidal
7.Sujud terakhir selepas baca  3 kali Tasbih kemudian niat dalam hati minta kepada Allah  SWT supaya ubahkan sikap anda supaya menjadi insan yang baik serta taat dalam mengerjakan suruhanNya  dan mohon keampunan di atas keterlanjuran yang anda lakukan  selama ini.
8.Baca Tahiyyat kemudian salam.
Panel nasihatkan agar anda carilah doa-doa solat hajat yang seseuai yang banyak diperolehi dalam mana-mana buku doa di pasaran.Mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada anda untuk melakukan perubahan yang hakiki.Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Assalamualikum saya nak buat 1 pertanyaan..apa hukum kalau seorang bapa tiri tido sekatil dgn anak tiri dan isteri nya sekali...sebab bila dah terangkan dengan isteri pun dia tak boleh terima cakap yang si suami ada perempuan lain sebab tu tak tido sekatil.si suami cakap segan dan tak boleh tido dengan anak tiri yg dah akil baligh.mohon penjelasan secepat yang boleh.terima kasih

    ReplyDelete