Soalan
assalamualaikum..lebih kurang 2 bulan yg lepas, saya ada bernazar andai
saya ditawarkan tempat utk sambung pengajian ijazah, saya mahu berpuasa
enam . skrg sudah hampir ke bulan zulkaedah dan saya hanya sempat
berpuasa selama 4 hari. soalannya boleh tak saya tunda baki 2 hari tu ke
hari lain yg mengizinkan saya puasa? kalau perlu bayar fidyah maknanya
adakah saya kena puasa 6 hari sbb sy tertinggal 2 hari( 3 hari puasa
fidyah=1 hari tak bayar nazar) ?? sekian wassalam
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika puasa enam yang anda maksudkan adalah puasa enam di bulan Syawal, maka anda perlu bersegera untuk menyelesaikannya kerana baki hari yang tinggal hanya 7 hari sahaja lagi.
Oleh itu, anda perlu segera untuk berpuasa 2 hari lagi bagi menyempurnakan puasa nazar tersebut dan ia tidak boleh untuk dibawa atau ditangguhkan pada bulan-bulan yang lain.
Namun, jika anda tidak sempat untuk menghabiskan baki 2 hari lagi sebelum tamatnya bulan Syawal (sama ada sengaja atau keuzuran,) maka anda perlu membayar Kifarah Nazar kerana kegagalan anda untuk melaksanakan nazar tersebut.
Berikut adalah Kifarah Nazar yang perlu anda bayar:
Hukum melaksanakan nazar adalah wajib. Manakala hukum menyambut hari raya Aidilfitri (rumah terbuka) hanyalah sunat sahaja.
Oleh itu, utamakanlah perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang sunat.
Panel mendoakan semoga anda sempat untuk menyelesaikan baki puasa enam tersebut. berkorbanlah kerana kewajipan puasa tersebut adalah di atas ketetapan anda sendiri dan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi anda. Wallahu 'Alam.
Nota:
Sila rujuk ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berdekatan untuk membuat bayaran tersebut. Wallahu 'alam.

1. Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau
2. Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau
3. Memerdahekakan seorang hamba yang mukmin, atau
4. Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.
Hukum melaksanakan nazar adalah wajib. Manakala hukum menyambut hari raya Aidilfitri (rumah terbuka) hanyalah sunat sahaja.
Oleh itu, utamakanlah perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang sunat.
Panel mendoakan semoga anda sempat untuk menyelesaikan baki puasa enam tersebut. berkorbanlah kerana kewajipan puasa tersebut adalah di atas ketetapan anda sendiri dan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi anda. Wallahu 'Alam.
Nota:
Sila rujuk ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berdekatan untuk membuat bayaran tersebut. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment