Friday, September 14, 2012

Hak Menjadi Wali?

Soalan

assalamualaikum.sy ingin bertanya, layakkah ayah kandung saya menjadi wali sedangkan antara ayah dan ibu saya sudah bercerai sebab ibu saya meminta fasakh kerana ayah tidak dapat memberi nafkah selepas perniagaannya jatuh. ayah saya bersetuju untuk jadi wali dgn syarat mesti diakad dinegeri ayah bukan dinegeri ibu dan ibu tidak bersetuju dgn cara ayah krn ibu ingin diakad dinegerinya. dalam masalah ini ibu ingin mnggunakan cara wali hakim.adakah sah perkahwinan saya kalau menggunakan wali hakim?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, ayah kandung anda tetap menjadi wali kepada anda sekalipun beliau telah berpisah dengan ibu anda. Ringkasnya, dia adalah wali mujbir kepada diri anda.
Mengenai perselisihan yang terjadi di antara ibu dan ayah, anda dinasihatkan supaya merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan. Serahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan dan menentukan di manakah anda perlu melangsungkan pernikahan anda dengan pasangan yang menjadi pilihan anda. Panel doakan semoga semuanya berjalan lancar dan pasangan anda adalah jodoh yang paling sesuai dan diredai oleh kedua ibu dan ayah anda. semoga berbahagia sehingga ke syurga. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment