Soalan
sesetengah drpd penerangn panel dlm setiap jwpn soalan2 ini adalah
brbeza2.bolehkah pihak panel berikan 1 jwpn yg boleh mnyakinkn smua
pihak trutmanya bg org2 yg br mengenal islam sprti saya ini..tidak
ktrlaluan jika saya katakan sekiranya,trdptnya jwpn2 yg brbeza2 dr pihak
panel maka ia boleh mngelirukn dan klu lah org bukn muslim nmpk kntaan
yg bgini,apakah mereka akan mprolok2kn agama islam ini sprtinya bhwa
kita islam hanya mahu mngikut pndangn sndri dan tidak berlandaskn
kenyataan yg sahih
Jawapan
Ya, boleh. Dalam mazhab Syafie boleh menghimpunkan 1 niat yang wajib
dengan mana-mana sunat dalam solat dll amalan seperti kes di atas.
Inilah pendapat yang asah dalam mazhab syafie. Tidak dinafikan dalam
kes seumpama ini terdapat khilaf ulamak justeru itulah terdapat
perbezaan dalam jawapan yang di beri. Ini belum di ambil kira pendapat
dalam mazhab-mazhab yang lain lagi. Jika kesemua perkara ini di dedahkan
akan menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman terutama bagi yang tidak
memahami fiqh perbandingan dengan mendalam dan dalil-dalilnya.
Dalil ianya di bolehkan ialah perbuatan Nabi s.a.w solat dua rakaat selepas masuk masjid sebelum solat Jumaat. ulamak khilaf apakah solat yang Nabi buat tersebut? ada yang kata solat tahayyatul masjid. Ada kata solat sunat sebelum Jumaat, Ada kata Nabi niat dua-dua sekali. Dari sinilah timbulnya khilaf dan hukum berkaitan di atas. Dalam Fiqh perkara seumpama ini adalah lumrah. Justeru kita kena tahu dalilnya untuk memahaminya.

No comments:
Post a Comment