Friday, September 7, 2012

Hukuman Mencederakan Orang

Soalan

Saya telah dipukul dengan bapa saya kerana saya tidak mahu balik ke kampung. Alasan nya ialah pada hari kejadian ibu saya telah memarahi saya dgn perkataan kesat,(Aku doakan kau mati dlm azab) kerana saya memakai pewarna kuku. Di waktu itu saya baru saja bangun tidur dan berkata sedemikian.akibat dari dipukul, saya telah patah tangan kiri,external bleeding pada mata putih dan lebam di bdn.Adakah saya patut mendapat hukuman sebegitu dari mereka? Atau mereka patut dihukum kerana mencederakan saya?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal mendidik anak-anak, Rasulullah saw pernah mengajar kaedah mendidik anak-anak di awal usia seperti mengajar anak mendirikan solat. Sebelum usia mencecah 7 tahun ibu bapa wajib memerintahkan anak-anak untuk mendirikan solat lima waktu. Tetapi apabila mencecah usia 10 tahun sekiranya si anak masih tidak mendirikan solat maka wajib bagi ibu bapa memukul anak itu sehingga dia mendirikan solat. walaubagaimanapaun pukulan itu hendaklah dengan niat untuk mendidik anak-anak, bukan atas kemarahan yang didorong oleh nafsu amarah semata-mata.
Dalam hal yang berlaku ke atas saudari, dalam usia saudari ini sememangnya masih dalam tanggungjawab ibu bapa mengawal dan mendidik saudari. Selaku anak kita tidak berhak untuk menjatuhkan sebarang hukuman ke atas ibu bapa kerana sebab merekalah kita wujud di atas muka bumi ini. Seperti larangan yang terdapat dalam al-Quran bahawa kita dilarang menyebut walau perkataan "Ah" terhadap ibu bapa.
Ibu bapa telah membesarkan kita tanpa menagih sebarang balasan seperti wang atau sebagainya. Anda selaku anak perlu memahami kenapa ibu atau bapa sanggup memberi hukuman kepada anda sebegitu.
Selaku anak kita tidak boleh berdendam dengan ibu bapa bahkan kita digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita.
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment