Soalan
Panel pernah memberitahu bahawa najis kencing tak lawas tersebut adalah
dimaafkan? apakah maksud panel yg najis tersebut dimaafkan? Penyakit ini
mmg sukar dikawal .. terlampau darurat
Jawapan
dalam masalah ini, air kencing tersebut digolongkan di dalam kategori
najis yang dimaafkan adalah kerana kesukaran untuk
menghilangkan/membersihkannya dari diri pesakit, dan ini akan
menyebabkan kesulitan kepada dirinya untuk mengerjakan/mendirikan ibadat
yang mensyaratkan suci daripada najis dan hadas sebagai syarat sahnya
khususnya solat.
Oleh sebab Islam yang sifatnya adalah murunah (anjal/fleksibel), ia memberi kelonggaran ataupun rukhsah kepada pesakit tersebut untuk menerima solat yang didirikan oleh pesakit tersebut sekalipun terdapat pada dirinya najis dengan syarat ia telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwudhu’.
Demikianlah maksud najis yang dimaafkan. Semoga jawapan di atas dapat memberi penjelasan terhadap persoalan yang dimusykilkan oleh anda. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment