Soalan
As salam,sy kurang fahamla.ada mengatakan waktu buang air kalau percikan
air kencing kena seluar itu najis dimaafkan.sy juga ada baca kalau 1 2
titisan air kencing menitik pd seluar solat jd xsah.bgmana tu.apa
bezanya.2)bolehkah kongsi telekung dgn org yg kita tahu dia memakai
syampu yg xada tanda halal lebih2 lg beli di saloon cina yg xtahu
kehalalannya.3)lap kaki didpn bilik mandi xtahu suci@x(maybe lebihan air
kencing pd kaki seseorg).bolehkah kita lap sesudah mandi lebih2 lg slps
ambil wuduk
Jawapan
waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Najis yang terpercik walaupun sedikit ia tetap najis dan sekiranya percikan itu dapat dilihat dengan mata kasar terkena mana-mana bahagian anggota badan atau pakaian maka hendaklah dibersihkan. Sekiranya sekadar was-was atau ragu maka tidak wajib dibersihkan.
Boleh berkongsi pekaian atau sebagainya ini kerana kita selaku orang Islam turut sama boleh berkongsi dengan orang bukan Islam sama ada dari sudut peralatan pejabat atau sebagainya.
Apabila membuang air sama air kecil atau besar hendaklah dibersihkan sehingga yakin bersih. Maka tidak timbul atau adanya lelehan atau sebagainya di bahagian kaki. Yang dikatan lelehan itu hanyalah lebihan air yang telah digunakan ketika bersuci.
Dalam hal ini apa yang lebih penting ialah rasa yakin tentang kebersihan dan elakkan perasaan was-was kerana ia datangnya dari syaitan yang sering menggangu umat Islam dari melakukan amal ibadah.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment