Saturday, September 22, 2012

Mandi Wajib Jimak Dan Haid

Soalan

Salam ustaz, saya berasa saya telah suci dari haid, tp tempohnya belom sampai 24jam,namun saya rasa mmg haidnya sudah suci, lalu saya mandi wajib. Namun esok paginya masih lg ada sedikit cecair coklat keluar. Lalu saya rasa kali ini saya mahu tunggu 24 jam. Tapi, pada malamnya saya telah jimak bersama suami. Lalu paginya saya telah mandi wajib yg berniat mandi wajib jimak dan haid. Sahkah mandi wajib saya itu dan jika tidak, bagaimana caranya...tk.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan anda tempoh haid seseorang itu adalah bergantung kepada kesihatannya.Walau bagaimanapun ulamak telah membahagikan seperti berikut:
1.Tempoh yang paling minima 24 jam 1 hari satu malam
2.Tempoh yang sederhana 7 hari tujuh malam
3.Tempoh yang paling panjang ialah 15 hari 15 malam.
Syarat haid itu telah betul-betul kering ialah setelah berlalu 24 jam dan tiada lagi tanda-tanda darah haid keluar.Bagi memastikan perkara ini , eluk anda ikut kaedah ulamak iaitu ambil sedikit kapas lalu dimasukkan dalam faraj.Kemudian lihat kesan pada kapas itu jika tiada warna,ini bermakna darah haid anda telah betul-betul kering dan anda wajib mandi untuk melaksanakan ibadah wajib (solat) atau sunat (baca al-Quran,iktikaf,puasa dan sebagainya).
Sekiranya kapas yang anda gunakan untuk dicalitkan dalam lubang faraj anda didapati masih ada kesan warna cokelat @ kuning cair,ini bermakna darah haid anda masih belum betul-betul kering.Oleh itu anda tidak wajib mandi sehinggalah dipastikan darah haid tersebut sudah kering betul.
Berdasarkan kenyataan pada soalan yang dikemukakan ternyata darah haid anda masih belum kering ,oleh itu anda belum diwajibkan untuk mandi bagi tujuan angkat hadas besar.
Sekiranya keadaan ini berlaku walaupun anda telah mandi ia dianggap belum suci lagi .Justeru panel nasihat agar anda bersabar sehingga 24 jam dan pastikan darah haid tersebut betul-betul kering baharulah boleh mandi.
Sekiranya anda berjimak dalam keadaan tidak suci,menurut hukum Islam melakukan jimak dalam keadaan tidak suci itu adalah haram dan berdosa besar. Justeru anda kena bertaubat Nasuha (sungguh-sungguh) dengan kadar segera.
Perlu diingatkan bahawa larangan Ini kerana Syariat telah menegaskan sedemikian sebagaimanan yang disebut dalam surah Nisa'.Justeru anda kena patuh dan akur dengan ketentuan Allah demi untuk kebaikan masa depan anda berdua.Allah mendatangkan haid kepada wanita/gadis bagi tujuan menggambarkan mereka sebenarnya adalah manusia @ insan yang normal.
Sekiranya anda lakukan jimak dalam keadaan haid ia akan mendatangkan mudarat.Ini kerana saluran peranakan /rahim amat sensitif dan belum bersedia ketika itu untuk menerima sebarang tusukan termasuk zakar.Kesannya untuk jangka panjang dinding rahim anda akan rosak.Ini  kerana ia belum betul-betul baik  sepenuhnya dan belum bersedia untuk berjimak.Akhirnya ia akan mengakibatkan kerosakan pada saluran peranakan ,yang akhirnya akan mengundang penyakit barah.
Panel mohon maaf, andaikata perkara ini amat sensitif dan terlalu peribadi untuk diceritakan.Yakinlah, sebab itu Allah larang kita melakukan jimak dalam tempoh haid kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat .Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment