Saturday, September 29, 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Soalan

Salam ustaz, Saya menetap di KL, outstation di Kuantan, tetapi berulang dr rumah mentua saya di kuala rompin setiap hari. Jarak Rompin- kuantan ialah 130km, bolehkah saya jamak di rompin dan kuantan? tempoh masa saya bekerja di kuantan adalah melebih 18 hari..

Jawapan

Wassalam, anda boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar di Rompin dan juga di Kuantan. Hal ini disebabkan oleh jarak perjalanan di antara Rompin dengan Kuantan adalah melebihi 80 KM.
Mengenai tempoh masanya pula yang mencapai kepada 18 hari, ia tidak menghalang anda untuk melakukannya kerana anda bukan menetap di satu tempat. Bahkan anda berulang daripada Rompin ke Kuantan di sepanjang tempoh tersebut.
Ringkasnya, anda diharuskan untuk mengerjakan Solat Jamak dan Qasar pada kedua-dua tempat tersebut dan disepanjang tempoh anda berada di sana. Wallahu 'alam.

1 comment: