Soalan
kerana minat terhadap haiwan, kawan saya terfikir untuk bekerja di kedai
haiwan. tetapi pekerjaan di kdai itu memerlukan dia memegang anjing.
Dia mahu bertanyakan apakah hukum bekerja di kedai tersebut, sedangkan
memegang anjing adalah haram( betulkan jika saya salah).
Jawapan
Memegang anjing bukanlah termasuk di dalam perkara yang diharamkan di
dalam Islam. ia hanyalah haiwan yang dihukumkan najis sahaja (najis
mughallazah) yang perlu melakukan sertu jika bersentuhan dengan haiwan
tersebut. itu pun sekiranya memegangnya di dalam keadaan yang basah.
Oleh yang demikian, kawan anda diharuskan untuk bekerja di kedai tersebut sekalipun dia perlu memegang anjing dengan syarat setiap kali hendak menunaikan solat atau setiap kali selesai bertugas dia perlu melakukan sertu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
Di samping itu juga, kawan anda dicadangkan supaya menyediakan satu baju yang khusus semasa beliau bertugas. Hal ini sekurangnya dapat memudahkan dan menghindarkan dirinya daripada najis anjing tersebut setiap kali pulang ke rumah kerana telah menukar pakaian yang bersih dan suci daripada najis tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya beliau menukar minatnya kepada perkara yang lain agar diri beliau tidak sentiasa terdedah kepada najis tersebut. Wallahu 'alam.
Nota:
Sertu – proses membersihkan najis mughallazah menggunakan air yang dicampur dengan tanah yang bersih daripada najis dan dibilas dengan enam kali bilasan atau basuhan yang lain menggunakan air mutlak biasa (air paip).

No comments:
Post a Comment