Soalan
Sekira seseorang mandi hadas besar. Dia terlupa membasuh kedua-dua
telingnya... Bagaimanakah mandi hadas tersebut adakah sah atau tidak?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Mandi hadas seseorang itu akan dikira sah apabila ia berniat untuk angkat hadas besar diikuti dengan menjirus air di atas kepala sehingga air mandian itu merata keseluruh anggota tubuh badan.Sekiranya semasa jirusan air tersebut ada bahagian anggota yang tidak terkena air contohnya kedua-dua telinga disebabkan rambut terlalu tebal maka mandi hadas besar itu tidak sah sama sekali.
Sekiranya keadaan ini berlaku anda hendaklah mengulangi mandi hadas besar semula dengan niat yang baru dan menjiruskan air bermula di atas kepala serta diratakan keseluruh anggota tubuh badan.Pastikan air mandian betul-betul sampai ke seluruh pelusuk badan.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment