Soalan
Assalamuallaikum........saya ingin tahu adakah sah jika sembahyang solat
jumaat, jika tidak mandi wajib????air mani saya terkeluar semasa tidur
dan saya hanya perasan selepas bangun dari tidur....saya bangun pukul 6
pagi kerana saya nak pergi ke sekolah dan hari itu merupakan hari
jumaat....kerana itu saya tak sempat mandi wajib pada pagi
tersebut......selepas sekolah saya kena pergi ke sembahyang solat
jumaat.....adakah sah solat tersebut????
Jawapan
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, Solat Juma’at yang anda kerjakan adalah tidak sah. Hal ini adalah disebabkan keadaan diri anda yang tidak memenuhi syarat sah mengerjakan solat, iaitu tidak suci/bersih daripada hadas besar (keluar air mani).
Dari itu, anda dinasihatkan supaya bersegera mandi wajib dan lakukan qadha’ bagi menggantikan solat yang tidak anda kerjakan, iaitu
Solat Subuh dan Zohor. Wallahu 'alam.
Nota:
Anda tidak boleh mengqadha’ Solat Juma'at dengan mengerjakan solat sebanyak dua raka’at (sebagaimana Solat Juma’at), tetapi anda perlu menggantikan solat tersebut dengan mengerjakan Solat Zohor (dengan 4 raka’at).

No comments:
Post a Comment