Soalan
Askm ustaz. Sy pernah trlanjur melakukan liwat(lelaki dgn laki). Nabi x
mengaku umat. Tp sy sgt insaf dan taubat nasuha.adakah Allah akan
mengampunkan dosa sy. Adakah sy kene rejam sampai mati mengikut hudud.
Sy takut dekat akhirat nnti nabi muhammad xmngaku sy sbgai umatnya.
Adakah ada pengampunan untuk sy lg. sesungguhnya sy sgt2 mnyesal dgn apa
yg sy buat. Tolonglah sy sbb bnda ni selalu mnghantui sy. Sy asyik
berfikir pasal hal ni. Adkh dosa sy trampun jika sy brtaubat nasuha
Jawapan
Saudara tidak perlu memberitahunya kepada hakim sebab banyak
hadis-hadis yang memberi makna yang demikian. Hudud bukannya urusan
individu oleh itu usah difikirkan untuk dikenakan pada diri saudara.
Hudud dan perlaksanaannya memerlukan syarat yang banyak ianya adalah
urusan pemerintah dan hakim. Yang penting saudara bertaubat nasuha yang
sebenarnya. Jika tertangkap dan cukup syarat serta hudud dilaksanakan
pada masa itu baharulah dikenakan hudud, jika tidak maka tidak dikenakan
hudud begitu juga kesalahan sebelum dikuatkuasakan hudud. Adapun siksa
di akhirat itu urusan Allah. w/pun Allah menjanjikan pengampunan 100%
kepada hambanya yang bertaubat kecuali syirik. Jika mendapat pengampunan
maka balasannya adalah syurga. Janji Allah adalah benar. Tanda
sesaorang itu diterima taubatnya adalah dia meninggalkan maksiat yang
lalu dan kawan-kawan maksiatnya dan berubah menjadi golongan yang taat
kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun. Dalam hadis kesah
pelacur yg di ampunkan Allah (walaupun tidak kena hudud, zaman itu
hududnya juga rejam sampai mati, ikut hukum taurat) dan dimasukkan
syurga lantaran memberi anjing minum.
No comments:
Post a Comment