Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin mengetahui,
1) Bolehkah saya menjadi Imam, bersolat jemaah bersama bakal isteri sedangkan seluruh badan saya mempunyai 'tatu' dan telinga saya pernah dulu 'bertindik'?
2) Apakah hukum sekiranya saya membuang 'tatu' saya dengan cara 'laser'?
Wassalam

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Dalam hal ini, anda boleh menjadi imam kepada isteri anda dengan syarat tatoo pada tubuh anda dihilangkan terlebih dahulu.
Hal ini kerana tatoo akan menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan menjadi tidak sah sedangkan syarat sah mengerjakan solat mestilah suci daripada hadas besar dan juga hadas kecil.
Dari itu, anda tidak boleh menjadi imam kepada isteri anda selagi tatoo tersebut tidak anda hilangkan dan melakukan mandi wajib bagi menyucikan diri anda daripada hadas besar.
Mengenai bertindik, hukum seorang lelaki memakai tindik di telinga adalah diharamkan kerana ia menyerupai seorang wanita. Tindik dan wanita tidak dapat dipisahkan kerana ia telah menjadi salah satu daripada perhiasan diri bagi seorang wanita. Dari itu, orang lelaki dilarang untuk bertindik juga kerana ia dihukumkan seperti menyerupai seperti seorang wanita dan perkara ini akan menjatuhkan harga diri dan maruah sebagai seorang lelaki yang sejati. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu 'Anhu, katanya:
“Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam mengutuk kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.”
(Hadith riwayat al-Bukhari).
Walaupun memakai tindik tidak menyebabkan solat menjadi tidak sah, tetapi sebagai seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga perlulah berakhlak dan bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...”
(Surah al-Nisa' 04: 34)
2. Anda diharuskan untuk membuang tatoo tersebut dengan kaedah laser tersebut jika kesan mudaratnya adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan kaedah atau cara yang lain.
Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment