Soalan
ustaz kalau kita sdg niat(usolli fardhu zuhri...allahuakbar)pastu kita
rasa mcm betul tak betul then balik semula niat pastu pula ragu2 lg smpi
3 kali@lebih adakah wudhuk telah batal&perlu ambil wudhuk
semula?ataupun boleh teruskan solat?2)mengenai air mustaqmal kdg2 sy
fikir mcm xmasuk akal la juga sbb bila kita mandi wajib guna shower then
kita gosok tubuh badan especially kepala pasti kita gosok2 rambut air
pasti mercik ke dlm kolah.keadaan sebegini sukar utk dielakkan.jd bgmana
cara nak buat
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Dalam persoalan ini, takbir yang berulang-ulang tidak menyebabkan terbatalnya wudhu’. Akan tetapi, takbir yang berulang-ulang tersebut akan menjejaskan takbir yang dilakukan sebelumnya. Ringkasnya, takbir yang genab akan membatalkan takbir yang ganjil.
Ini adalah kerana takbir yang pertama (ganjil) menyebabkan bermulanya solat anda, tetapi ketidakyakinan anda terhadap takbir tersebut dan menyebabkan anda bertakbir lagi untuk kali kedua (genab) telah membatalkan takbir yang pertama tadi. Begitulah seterusnya.
Kesimpulannya, berulang takbir tidak membatalkan wudhu’ tetapi ia boleh menyebabkan membatalkan takbir dan niat yang dilakukan sebelumnya.
2. Dalam persoalan ini, jika kolah tersebut kandungan airnya tidak sampai dua kolah, ia akan menyebabkan air yang terdapat di dalamnya menjadi musta’mal.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan daripada terjadi percampuran air tersebut, adalah dinasihatkan supaya kolah tersebut ditutup ataupun pastikan mandi di tempat yang berjauhan sedikit daripada mulut kolah tersebut. dengan cara ini dapat mengelakkan daripada terperciknya air musta’mal tersebut ke dalam kolah tersebut.
Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment