Soalan
assalamualaikum , sy ingin bertanya , saya telah agak lama tidak
menggantikan puasa ramadhan sy . sekarang sy berusia 19 thun , sy mula
didatangi haid sejak umur 12 tahun . bagamana sy mahu menggantikan puasa
itu ? adakah jumlah puasa itu meningkat setiap tahun ? contoh 2010 sy
tertinggal 7hari , 2011 tidak ganti , jadi berapa bilangan puasa pada
2012 sy ganti ?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, puasa tersebut tidak akan berganda bilangan harinya.
Oleh itu, puasa yang anda tinggalkan pada tahun 2010 sebanyak 7 hari dan masih tidak diqadha’kan lagi sehingga ke hari ini adalah tetap bilangannya. Ringkasnya, ia tidak berganda mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.
Akan tetapi, apa yang berganda hanyalah bayaran fidyah yang dikenakan ke atas anda. Setiap hari puasa yang masih belum diqadha’kan lagi akan dikenakan bayaran sebanyak 1 cupak beras, iaitu bersamaan kira-kira 675 gram beras. Bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan anda.
Sila rujuk perkara ini di mana-mana kaunter PPZ di tempat anda untuk menjelaskan bayaran fidyah tersebut. Pihak PPZ juga bersedia untuk mengirakan jumlah fidyah yang perlu anda bayar. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment