Saturday, February 16, 2013

Bayar Zakat Pada Anak Yang Berhutang

Soalan

Asasalmualikum Ustaz
Saya telah mengeluarkan wang KWSP dan ingin membayar zakat.
Dalam pada itu, anak lelaki saya berumur 24 thn, bujang, telah bekerja tapi bergaji kecil.
Dia tinggal di rumah sewa KL dan menanggong banyak hutang lama-lama.
Boleh kah saya bayar zakat padanya untuk melunaskan hutang dia.
Harap Ustaz beri jawapan seberapa segera di 0166824856 atau insanimgt@gmail.com
Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pn M.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang ayah tidak boleh membayar zakat wang simpanannya kepada anak kandungnya kerana beliau adalah tergolong di dalam golongan mereka yang wajib ditanggung nafkahnya oleh seorang ayah. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Mazhab Syafi’i.
Ringkasnya, anak tersebut perlu dibantu oleh ayahnya untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Sila rujuk kepada pusat pungutan zakat yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu 'Alam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz...saya ada soalan ingin ditanya...apakah hukum seseorang ketua keluarga yang bekerja sebagai pesawah untuk membayar zakat jika pendapatan yang diperolehinya tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedangkan setiap kali pendapatan yang diterima habis bg tujuan membayar hutang sehingga tidak mencukupi untuk berbelanjan harian...sekian terima kasih

    ReplyDelete