Soalan
Assalamualaikum. Apakah tindakan yg perlu saya lakukan sekiranya sebuah
syarikat menyatakan syampu keluaran mereka(yg saya gunakan)
BERKEMUNGKINAN ADA / TIDAK mengandungi bahan haram? Sekiranya mereka
tidak menyatakan secara jelas kandungan syampu itu, wajibkah saya sertu
rambut saya sekiranya saya khuatir, tetapi x terlalu pasti ianya
mempunyai unsur 'najis mughallazah' tersebut? Dan jika wajib sertu,
wajibkah sertu keseluruhan anggota badan dan setiap benda yang pernah
saya sentuh/terkena? TQ
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, anda tidak perlu untuk mensertu rambut, kepala ataupun segala benda yang anda sentuh. Hal ini kerana kewujudan najis tersebut masih tidak dapat dikenal pasti lagi.
Dalam isu ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada mengingatkan umatnya agar memilih hanya benda-benda yang halal sahaja. Jika tidak pasti, tinggalkan dan cari benda yang sudah jelas status halalnya. Sabda Baginda, maksudnya:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah jelas, dan perkara yang haram itu juga sudah jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini ialah meninggalkan produk syampo tersebut dan carilah produk jagaan rambut yang telah diakui kehalalannya.
Semoga jawapan di atas dapat menjawab kemusykilan anda. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment