Soalan
Assalamualaikum...Semasa seorang saudara sy meninggal di rumah pada
waktu tengahari, makcik saya telah melarang kami makan makanan yang
terhidang dalam rumah tersebut sejak pagi (bertutup). Menurut beliau,
sewaktu manusia menghembuskan nafas terakhir, darah mereka akan
terpercik ke serata rumah dan kena pada makanan tersebut. Cuma percikan
tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Adakah penyataan
ini benar?. Adakah makanan yang terhidang tersebut haram dimakan?.
Terima kasih
Jawapan
Waalaikumusalam,
Setakat yang panel tahu tiada kesahihan dalam mana-mana rujukan yang diketemui tentang perkara ini .Kemungkinan perkara ini diambil hasil daripada kepercayaan orang-orang terdahulu.
Walau bagaimanapun panel mohon supaya makcik anda kemukakan kitab atau hadis berkaitan untuk disemak dan diteliti oleh panel.
Waris dan kaum kerabat boleh makan hidangan tersebut walaupun mayat masih berada di dalam rumah,cuma adalah menjadi sunat jika jiran tetangga dapat menyediakan makanan kepada kaum keluarga yang ditimpa kematian dan bukanya KELUARGA YANG KEMATIAN AHLI MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK MEREKA YANG HADIR.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment