Soalan
assalamualaikum.masalahnya sya terpaksa membantu menyara keluarga lebih
dari yang sepatutnya di tanggung oleh suami..ini kerana gaji suami agak
kurang..saya redha..tapi sya rasa seolah2 suami menyerahkn tanggungjwb
mencari nafkah zahir & menyediakan keperluan anak tu kpd sya..banyak
kali kami bergaduh besar ttang masalah ini..suami juga pernah menampar
dan menendang sya bila bergaduh. sya mengalami depression dan dirujuk ke
psy..jadi layak ke saya ingin minta fasakh krn suami x nak bercerai..
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, sebenarnya anda sudah berhak untuk membuat tuntutan Ta'liq di Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda.
Walau bagaimanapun, Panel mencadangkan supaya anda terlebih dahulu dapatkan nasihat daripada Pegawai Kaunselor Keluarga yang bertugas di Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang terdekat.
Semoga masalah dan penderitaan yang anda alami dapat pembelaan yang sewajarnya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment