Soalan
boleh x terangkan care2 nak buat solat sunat taubat dengan betul...sy
ade jumpe di laman web laen tp sy takut salah...atau memang dah ade
dekat laman web jakim care menunaikan semua solat sunat cume sy je yang
xjumpe...maaf kalo salah tanye...
Jawapan
Cara melakukan Solat Sunat Taubat adalah sama seperti mana mengerjakan
solat fardu dan sunat yang lain. Ia didirikan sebanyak 2 raka’at.
Ringkasnya, setelah berwuduk dan memakai pakaian yang bersih, carilah tempat yang sesuai untuk mendirikan solat, hadapkan diri ke arah Qiblat dan berniat:
“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala”
Dalam raka’at pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Fath, surah ke- 110 dan teruskan solat seperti biasa.
Dalam raka’at kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Ikhlas, surah ke-112 dan teruskan solat hingga memberi Salam.
Kemudian berdoalah dengan doa-doa yang bersesuaian dengan niat di hati (memohon keampunan dari Allah).
Berikut beberapa contoh doa yang boleh dibaca untuk memohon ampunan dari Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah selesai mengerjakan Solat Taubat:
“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”
(Maksud dari Surah Al A’raaf , ayat ke-23)
“Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh kerana itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang”
Sila dapatkan buku panduan doa yang ada dijual di pasaran buku agama di tempat anda untuk mencari doa yang lain. Wallahu 'alam.

(Maksud hadis riwayat Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
Sila dapatkan buku panduan doa yang ada dijual di pasaran buku agama di tempat anda untuk mencari doa yang lain. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment