Monday, July 16, 2012

Sah Nikah Ker Nikah Di Thailand Jika Berwalikan Imam Yang Menikahkan Kami?

Soalan

as salam.... saya ingin bertanya.. saya dan suami telah bernikah di thailand dan pernikahan kami ini dijalankan di sebuah rumah kenalan suami... saya berwalikan imam yang menikahkan kami dan bersaksikan 3 org namun hanya 2 org saksi yg mngatakan sah... yang lg sorg hanye memerhatikan... sah ker pernikahan ini?

Jawapan

Banyak persoalan yang tidak jelas tentang soalan yang dikemukakan. Seperti dimana saudari berasal? Dimana tempat di Thailand? utk memastikan tentang 2 merhalah. Adakah wali saudari masih ada? Adakah wali beri izin? adakah pernikahan itu di iktiraf di Thailand? Adakah juru nikah itu berstatus wali hakim?  (Mungkin tidak, sebab hanya di kahwinkan di rumah) dll Secara umumnya dalam kes yang seumpama ini pernikahan itu termasuk dalam nikah yang SYUBHAH yang biasanya tidak mempunyai surat nikah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kerajaan Malaysia melalui pejabat agama hanya mengiktiraf pernikahan yang sah dari segi syarak sahaja). Jesteru buatlah pernikahan dengan cara yang sah dan pastikan tidak terjatuh dalam perzinaan atau "persetubuhan syubhah". Ramai orang yang tak mahir hukum tentang pernikahan dan tidak mendalaminya. Biasanya mereka tidak boleh bezakan antara wali nasab, wali hakim (wali yang di lantik pemerintah, walaupun pemerintah bukan Islam) dan wali tahkim serta kesan hukum tentang tiga wali di atas.
Jika pernikahan saudari tidak mempunyai surat nikah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kerajaan Malaysia melalui pejabat agama hanya mengiktiraf pernikahan yang sah dari segi syarak sahaja). Maka panel menasihatkan saudari jauhkan diri dari suami sehingga di buat pernikahan yang 100% sah dari segi syarak dan tidak di pertikaikan tentang hukumnya.
Jika suami / bakal suami sayangkan saudari maka dia akan berusaha untuk menghalalkan pernikahan sehingga tiada sebarang kekeliruan tentang hukumnya. Ternyata hukum tentang wali saudari itu bermasaalah. Jika perkara itu berlaku di Malaysia maka Mahkamah akan memerintahkan pernikahan saudari di faraqkan (dipisahkan dan WAJIB nikah kembali dengan wali yang sah) sebab tak sah dari segi wali.

1 comment: