Tuesday, July 31, 2012

Aurat Anak Saudara Lelaki Dengan Makcik Sebelah Ibu

Soalan

Apakah hukumnya bila mana seorang ibu saudara yang masih bujang (ibu saudara adalah adik kandung kepada ibu si lelaki) mencium kedua belah pipi dan memeluk anak saudara lelaki yang telah berumur 30 tahun dan mempunyai isteri dan 2 orang anak. Perbuatan itu telah menimbulkan tandatanya kepada anak-anak lelaki tersebut.

Jawapan

Adalah harus bagi ibu saudara tersebut untuk memeluk dan mencium anak saudaranya kerana hubungan mereka adalah hubungan mahram. Namun begitu, janganlah tindakan yang dilakukan menyebabkan ahli keluarga yang lain tertanya-tanya (sampai menimbulkan fitnah di dalam keluarga).
Walau bagaimanapun, anak-anak lelaki tersebut perlu didedahkan tentang hubungan kekeluargaan di dalam Islam. pengertian mahram dan ajnabiah perlu dijelaskan kepada mereka agar dapat mereka jadikan panduan di dalam mengharungi hidup seharian. Wallahu 'alam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Ya akhi.. Adakah terbatal wudhu saya jika saya bersentuhan dengan pakcik saya iaitu adik mak saya .. Mohon ustaz perjelaskan

    ReplyDelete