Soalan
Assalamualikum ustaz, saya mempunyai 2 kemushkilan:-
1)abg saya telah meninggal dunia dan mempunyai 10 orng anak.isterinya juga telah meningal dunia. 2 dari anak2nya masih bersekolah manakala 3 telah berumahtanggal. Anak2 saudara saya tidak bergaji besar dan tidak juga melarat susah. Namum mereka mempunyai tanggungjawab besar utk membantu dan meneruskan kehidupan. Soalan saya ustaz adalah samada 2 org anak saudara saya yg masih bersekolah layak menerima fidya.

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bayaran Fidyah tersebut adalah untuk golongan miskin. Perkara ini ada dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, firmannya yang bermaksud:
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka)
kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana
tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Oleh yang demikian, jika kedua orang anak saudara anda tersebut adalah dari golongan yang miskin, maka mereka adalah golongan yang layak untuk menerima bayaran fidyah tersebut. Setiap seorang daripada mereka akan mendapat bahagian 1 cupak beras.
Dalam pada itu, anda juga dicadangkan supaya memaklumkan kepada MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) tentang keadaan kedua anak saudara tersebut. pada pandangan Panel, mereka juga layak untuk dapatkan bahagian daripada wang zakat di negeri yang mereka tinggal (bahagian Fi Sabilillah kerana mereka masih menuntut ilmu lagi). Sila hubungi MAIN di negeri tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai status mereka. Wallahu 'alam.

Assalamualaikum ustaz.
ReplyDeleteNenek saya tidak dpt nenunaikan ibadah puasa pada tahun nie kerana sakit.. Org yg tidak dpt berpuasa wajib bgnye utk membayar fidya seperti beras. Boleh ke Nenek memberi fidya tersebut kepada adiknye sendiri. Adiknye merupakan golongan ibu tunggal miskin tetapi mempunyai bantuan dari kebajikan serta duit pancen.. Adakah adik Nenek tersebut layak di beri fidya??
Assalamualaikum. Saya hndak bertanya. Adakah golongan anak yatim juga berhak diberi fidyah? Atau hanya golongan fakir miskin sahaja yang layak terima fidya. Tolong jawab terima kasih
ReplyDelete