Soalan
Apakah hukumnya membeli hartabenda dengan berhutang? Contoh, seseorang
telah mempunyai rumah dan tanah tapi sanggup berhutang kerana hendak
menambah harta dengan membeli sebidang tanah lagi. Walaupun pinjaman
peribadi itu tidak membebankan perbelanjaan bulanan, namun mungkin sukar
untuk membuat simpanan untuk kecemasan. Adakah perbuatan sengaja
berhutang untuk memperolehi harta satu yang harus dilakukan?
Jawapan
Berhutang adalah diharuskan di dalam Islam. demikian juga dengan
membuat pinjaman wang, ia juga dibenarkan kepada setiap muslimin dan
muslimat dengan syarat tidak terlibat dengan riba. Firman Allah
Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".
(Surah al-Baqarah 02: 275)
Walau bagaimanapun, para muslimin dan muslimat dinasihatkan supaya menjadi seorang pengguna yang bijak di dalam menguruskan wang ringgit. Oleh itu, utamakanlah barangan yang perlu daripada yang kurang perlu. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment