Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya telah berkahwin selama 5
tahun. Semasa tempoh bertunang dahulu, saya pernah bertanyakan suami
saya adakah dia berdengkur. Ini kerana saya mempunyai masalah sukar utk
tidur jika mendengar sesuatu bunyian. Suami menjawab dia tidak
mendengkur. Selepas berkahwin saya dapati suami saya berdengkur amat
kuat sehingga jika menutup pintu sehingga luar boleh didengari. Saya
berasa amat tertekan. Berdosakah jika saya tidur agak berjauhan dgn
suami?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak berdosa untuk tidur di tempat yang berjauhan dari suami anda dengan syarat meminta izinnya terlebih dahulu. Anda juga perlu menyatakan kepadanya mengenai masalah yang sedang anda hadapi dengan dengkurannya itu.
Selain itu, pada hari ini telah terdapat satu penemuan baru tentang ubat yang dapat merawat dengkuran tersebut. anda dicadangkan supaya meminta suami mendapatkannya di farmasi-farmasi yang berdekatan.
Semoga selepas ini dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala anda tidak mendengar lagi bunyi dengkuran yang mengganggu tidur anda dan boleh tidur dengan selesa di sisi suami yang tercinta. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment