Thursday, July 26, 2012

Melambatkan Mandi Wajib Dalam Bulan Puasa (Urgent Request)

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya memandangkan saya ini jahil berkenaan bab agama. Saya melambatkan mandi wajib kerana khuatir datang haid lagi dalam bulan puasa, justeru saya juga tidak berpuasa kerana saya berfikir jika tidak mandi wajib maka puasa adalah terbatal. Oleh demikian, apakah hukumnya dan apakah saya perlu lakukan?

Jawapan

Lambat mandi wajib adalah di bolehkan dan "mandi wajib" menjadi wajib jika hampir luput waktu. Jika telah luput waktu (contohnya subuh) dan belum mandi wajib maka berdosa sebab telah meninggalkan satu solat yang wajib. Tak mandi wajib masa berpuasa adalah di bolehkan dan tak batal puasanya. Contohnya dia bermimpi/bersama dan keluar mani dan tak mandi lagi sedangkan dia berpuasa maka sah puasa itu. Puan perlu teruskan berpuasa jika dah makan/minum maka wajib ganti puasa itu ianya adalah berdosa. Semoga dengan kejahilan itu akan di maafkan Allah dan bukan di sengajakan.

3 comments:

  1. assalamualaikum ustaz....apakah hukum bg mereka yg telah habis haid tp melambatkn mandi haid...

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum ustaz..saya ingin bertanya apakah hukum nya sekiranya seorang ibu selepas bersalin belum lagi mandi hadas selepas kering darah wiladah selama 4tahun...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah puasa tetap sah
    makasih infonya ya

    ReplyDelete