Wednesday, July 25, 2012

Hukum Perempuan Memanggil Lelaki

Soalan

Jika seseorang wanita belum memanggil seseorang lelaki dan lelaki itu berkata kpdanya "jika kau panggil aku, maka kau berdosa".
Apabila dia memanggil lelaki berkenaan, adakah dia berdosa?

Jawapan

Waalaikumussalam Warahmatullah
Semoga Cikpuan dirahmati Allah.
Hukum berdosa ialah apabila seseorang melakukan apa yang dilarang oleh Allah atau melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah seperti mana yang termaktub di dalam Al-quran, Hadith, Kesepakatan Ulama dan Qias. Merujuk kepada dialog perkataan di atas, tidak lah berdosa seseorang itu memanggil sedemikian.
Jelas sekali, Islam menganjurkan umatnya memanggil dengan panggilan yang baik kepada rakan atau sahabat kerana setiap percakapan itu adalah doa.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment