Monday, July 23, 2012

Ibadah Korban Dan Akikah

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya, saya telah beberapa kali membuat Ibadah korban untuk diri saya tetapi tidak pernah buat Akikah untuk diri saya lagi..soalan saya, untuk hari raya korban tahun ini yang manakah yang lebih utama untuk saya jalankan, ibadah korban atau Akikah??.. Adakah saya sdah terlewat untuk buat akikah untuk diri saya krn umur saya sdah 20an krn seperti mana yg diketahui akikah perlu dibuat 7 hari slepas kelahiran (bayi)..? terima kasih...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum melaksanakan akikah itu adalah sunat muakkad (yang sangat dituntut) kepada  kedua ibubapa yang mampu dari segi kewangan.Waktu yang ditetapkan ialah bermula pada hari ke 7.14,21 dan seterusnya sehinggalah bayi tersebut mencapai umur baligh.
Selepas umur baligh ternyata kedua ibubapa masih juga  tidak mampu untuk membuat akikah kepada anaknya maka hukum melaksanakan akikah telah berpindah daripada kedua ibubapa kepada anaknya.Andaikata kedua-dua ibubapa anda masih belum akikahkan anda, maka anda bolehlah akikah diri anda pada tahun ini di samping anda juga boleh membuat korban.Sebenarnya anda masih belum terlewat untuk melaksanakan akikah. yang terlewat hanya khusus kepada mereka yang mempunyai ekonomi yang kukuh  (kewangan yang baik) tetapi enggan melaksanakan.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment