Soalan
Suami saya telah berkahwin lagi tanpa pengetahuan saya lebih dari 2 thn
& mempunyai seorang anak berumur 1 tahun.suami saya tidak berlaku
adil kepada saya selama tempuh ini kerana saya & anak2 tinggal di
johor beliau di KL.beliau hanya pulang sebulan sekali itu pn sabtu &
aha saja.apakah anak yg lahir itu sah kerana mereka berkahwin secara
sendiket yang saya tidak pasti samada juru nikahnya bertauliah.sehingga
sekarang pn mereka masih belum ada surat nikah lagi.apakah perkahwinan
mereka sah.
Jawapan
Jika perkahwinan itu menggunakan wali ayah perempuan dan cukup syarat
yang lain adalah sah. Jika bukan ayah perempuan yang menjadi wali maka
di sisi timbul masaalah. Banyak faktor samaada sah atau tidak tetapi
kebanyakan kesilapan berlaku pada wali. Walau bagaimana pun jika tiada
sijil nikah kebarangkalian nikahnya itu tidak sah adalah tinggi. Puan
boleh buat aduan ke bahagian penguatkuasa KL untuk membuat serbuan dan
dapat mengesahkannya.
No comments:
Post a Comment