Tuesday, July 10, 2012

Puasa Qada' Selepas 15 Syaaban

Soalan

saya tinggal puasa selama 12 hari. saya mula ganti pd 22 bln jun selama 1 hari. sy dtg bulan keesokan harinya.Utk pengetahuan ustaz tempoh saya dtang bulan lbh dr 10 hari.saya puasa qada' lg pd 3 July dan seterusnya. Masalahnya saya qada' puasa slps bulan syaaban. adakah puasa itu hukumnya makruh atau haram...

Jawapan

Tiada sebarang larangan untuk berpuasa pada bulan Sya’aban sama ada puasa qadha’ ataupun puasa sunat.
Oleh yang demikian, puasa qadha’ yang anda lakukan pada bulan Sya’aban adalah dihukumkan sah sekalipun ia dilakukan selepas 15 Sya’aban.
Oleh itu, teruskanlah mengqadha’ puasa tersebut. semoga anda berjaya mendapat faedah daripadanya (menjadi seorang hamba yang bertaqwa). Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment