Soalan
belom kawin dan bezina ..dapat anak?macam mana ustaz?
Jawapan
Waalaikumussalam,
Pertama sekali perbuatan berzina sebelum berkahwin itu hukumnya berdosa besar.Menurut hukum Islam jika yang berzina itu kedua-duanya masih belum berkahwin (bujang) maka hendaklah mereka disebat dengan rotan sebanyak 100 kali.Andaikata yang berzina itu telah berkahwin maka hendaklah dihukum rejam sampai mati.
Sekiranya ditakdirkan dapat anak, maka anak tersebut dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf.Ini kerana ibu dan lelaki durjana yang menyebabkan wanita itu hamil masih belum menjadi pasangan nikah yang sah menurut agama Islam.Anak tersebut tidak boleh dibin/dibintikan kepada lelaki durjana.Sebaliknya Islam menyarankan agar anak tersebut dibin/dibintikan kepada nama ibunya.Akibat daripada itu maka ibu akan merasa malu/aib.Sebagai langkah terbaik maka anak tersebut bolehlah dibin/dibinti menggunakan asmaul husna.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment