Soalan
Adakah perlu untuk kita sertu sekiranya kita pijak tanah yang di lalui oleh khinzir ?
Jawapan
Waalaikumussalam,
Agama Islam itu mudah,jadi jangan anda yang menyusahkan perkara yang telah mudah.Oleh itu ambillah pendekatan yang diharuskan oleh syarak.Jika betul-betul (yakin) anda terpijak najis @ darah khinzir yang masih basah maka ketika itu anda wajib sertu atau samak anggota yang telah terkena najis binatang tersebut.Andaikata tidak terpijak dan anda sendiri tidak pasti bahagian tanah mana yang dipijak dan dilalui oleh khinzir tersebut maka tidak perlulah anda samak.
Perkara in dijelaskan melalui kaedah Fiqhiyyah:
"Al-Yakin layuzalu bissyaqqi" bermaksud: keyakinan tidak boleh ditewaskan /kalahkan oleh rasa syak
Berdasarkan kaedah yang dinyatakan, jika anda yakin terpijak najis babi ,eluk dan wajib kaki anda disamak jika tidak pasti anda tidak perlulah samak kaki anda.Wallahu a'lam.

apakah hukum jika saya tidak melalukan sertu jika tanpa sengaja menjual kasut berkulit khinzir
ReplyDelete