Thursday, July 12, 2012

Tidak Mampu Tunaikan Nazar


Soalan

Assalamualaikum..sy ingin brtnya soalan mengenai rakan saya. Rakan saya trlanjur mlakukan maksiat. Dia risau sekiranya mengandung. Kmudian, dia bernazar sekiranya kandungannya tidak menjadi, dia tidak akan mlakukan maksiat lagi sampai bila2. Tetapi, stelah beberapa lama, sah bhwa dia tidak mengandung.Namun, dia mengulangi mlakukan maksiat kembali ats rayuan tman lelakinya. Stelah itu, baru dia trsedar bahawa dia tidak tunaikan apa yg dijanjikan & berasa sangat brsalah. Apakah yg perlu d lakukan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, apa yang perlu rakan anda lakukan ialah perlu segera bertaubat dengan taubat nasuhah sebelum beliau terlambat.
Mengenai nazarnya untuk tidak melakukan maksiat lagi jika dirinya tidak mengandung adalah tidak dikira sebagai satu nazar.
Hal ini adalah disebabkan oleh pengertian nazar itu sendiri yang membawa maksud sebagai mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu perkara yang asalnya tidak diwajibkan ke atas mukalaf. Apabila dinazarkan, maka amalan tersebut menjadi wajib ke atas dirinya.
Oleh yang demikian, bernazar untuk meninggalkan maksiat adalah tidak menepati maksud nazar yang sebenarnya dan ia dikira sebagai nazar yang tidak diterima.
Walaupun nazarnya untuk meninggalkan maksiat sekiranya dirinya tidak mengandung tidak diakui sah di dalam Islam, namun kewajipan dirinya untuk meninggalkan perbuatan tersebut adalah tetap sebagaimana hukum asalnya, iaitu wajib.
Ringkasnya, bernazar melakukan perkara yang wajib adalah tidak diterima. Wallahu 'alam

1 comment:

  1. salam...saya merupakan pelajar yang sedang menunggu spm...saya telah bernazar sekiranya saya mendapat 10a saya akan berpuasa selama 2 hari dan sya jugak bernazar jika saya lulus dalam spm saya akan memberi hadiah kepda seseorng...msalahnya bleh tidak saya menukar nazar tersebut?
    *jika sya dapat 10a sya akan memberi hadiah
    *jika sya lulus spm sya akn berpuasa 2 hari
    bagaimana?

    ReplyDelete