Soalan
Assalamualaikum.. pada tahun 2009, bapa saya telah mengamanahkan saya
untuk membuat pembayaran zakat wang simpanan bagi pihak nya sebanyak
RM200 atas sebab beliau akan pergi menunaikan haji. Selepas
kebarangkatan beliau ketanah suci, saya secara tidak sengaja telah
menggunakan wang tersebut dan tidak berbuat seperti yang diamanahkan.
Disebabkan oleh kelalaian saya, perkara ini tertangguh hingga ke hari
ini. Bagaimanakah cara untuk saya selesaikan amanah yang telah sekian
lama tertangguh ini?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Perkara ini perlu anda rujuk di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengan rumah ayah anda.
Sebagaimana yang diamanahkan oleh ayah anda, zakat wang simpananya pada tahun tersebut (2009) adalah sebanyak RM200.
Dari itu, jelaskanlah bayaran zakat untuk dirinya bagi tahun tersebut di Pusat Pungutan Zakat yang berkenaan.
Namun begitu, bayaran zakat yang akan anda buat untuknya adalah bayaran zakat untuk tahun 2009 dan bukannya zakat bagi tahun semasa. Lebih mudah untuk dikatakan, zakat tersebut adalah qadha’ bagi zakat tahun 2009 yang tidak anda jelaskan lagi untuknya.
Semoga apa yang telah terjadi menyebabkan anda menjadi lebih matang dan dapat menjaga amanah dengan sebaiknya. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment