Friday, July 20, 2012

Mengikut Hawa Nafsu Maksiat

Soalan

Assalam....ustaz saya ingin bertanyakan saya ini selalu mencuaikan solat ....kemudian saya pernah mendengar bahawa jika meninggalkan solat dosanya seperti berzina dengan seribu perempuan dan saya seperti berkeinginan untuk melakukan dosa zina kerana saya merasakan bahawa jika saya tidak solat seperti saya sudah berzina dan itu macam menguatkan lagi keinginan saya.Ustaz saya tidak mahu melakukan dosa tersebut dan saya selalu lesu memikirkan perkara tersebut. Bantulah saya ustaz

Jawapan

Apa yang di sebut itu hanyalah gambaran sahaja "jika meninggalkan solat dosanya seperti berzina dengan seribu perempuan" untuk menggambarkan beratnya dosa tinggal solat.
Manakala dosa berzina pula adalah teramat besar hanya Allah sahaja yang tahu betapa besarnya. Hukumannya di sisi syarak sahaja sudah cukup untuk membuktikan besarnya kesalahan zina itu iaitu dengan rejam sampai mati bagi yang dah berkahwin.
Jesteru kita tidak ada pilihan melainkan taat kepada Allah, kita hanyalah berstatus "Hamba" sahaja kepada Allah. Bukanya "tuan" sehingga kita boleh buat sesuka hati. Akhiratlah kehidupan yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment